SENARAI SEMAK
TARIKH-TARIKH
PENTING

SENARAI SEMAK
TARIKH-TARIKH
PENTING

Bermula Julai 2024

Kaji Selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG)

Graduan perlu mengakses portal dan melengkapkan kajian ini SEBELUM membuat pengesahan maklumat graduan.

Graduan WAJIB memuatnaik Slip Kajian Pengesanan graduan KPT (screenshot/ print screen) sebagai bukti telah menyelesaikan kajian tersebut

http://great.mohe.gov.my

Bermula Julai 2024

3 Oktober 2024

Tarikh Bermula Pengesahan Graduan secara online

Semua Graduan UPTM perlu membuat pengesahan maklumat dalam Sistem Pengesahan Graduan bagi tujuan pengemaskinian data semasa.

https://graduan.kptm.edu.my/

30 November 2024

Tarikh Akhir Pengesahan Graduan secara online

Graduan tidak dibenarkan mengemaskini maklumat sedia ada selepas daripada tarikh ini.

30 November 2024

Sebelum atau pada 25 November 2025

Menjelaskan tunggakan yuran.

Graduan yang ingin menjelaskan tunggakan yuran dan lain-lain bayaran perlu membuat pembayaran ke akaun universiti.

Bayaran tunggakan yuran dan lain-lain bayaran perlu dibuat secara atas talian dengan melayari:

https://epay.kptm.edu.my

15 - 21 Disember 2024

Pengambilan Jubah Konvokesyen

Graduan perlu membuktikan pengesahan kehadiran telah diselesaikan sebelum mengambil jubah dengan menunjukkan Slip Pengesahan Kehadiran Graduan ke majlis konvokesyen seperti di bawah:

Masa:  8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Tun Razak 3, Aras 3, WTC, Kuala Lumpur

15 - 21 Disember 2024

16 Disember 2024

Raptai Majlis Konvokesyen Ke-2 UPTM & KPTM Ke-40

1. Upacara Raptai untuk majlis ini akan diadakan seperti berikut:

Masa:  2.30 petang
Tempat: Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur

2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri raptai supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi.

3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.

 

17 - 18 Disember 2024

Majlis Konvokesyen UPTM

Majlis akan berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

17 DISEMBER 2024 (SELASA)
Sidang 1 : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Sidang 2 : 2.00 petang – 5.30 petang

18 DISEMBER 2024 (RABU)
Sidang 3 : 8.00 pagi – 12.30 tengahari

17 - 18 Disember 2024

Berdasarkan sidang graduan

Pengambilan Skrol dan Transkrip.

Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing SELEPAS sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Tun Razak 3.
Kaunter pengambilan skrol dan transkrip dibuka sehingga jam 6.00 petang.

Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan universiti (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

*Graduan diberi masa selama sejam selepas sidang saudara/i tamat untuk mendapatkan skrol.