Maklumat Tambahan
ANUGERAH

Anugerah ini diberikan kepada graduan terbaik bagi program ijazah sarjana muda/profesional dan diploma daripada keseluruhan senarai graduan pada majlis konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Anugerah ini diberikan kepada graduan terbaik yang mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.90 dan purata 65% (bagi program profesional) ke atas bagi setiap program pengajian di UPTM.

Anugerah ini diberikan kepada graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred (PNG) 3.67 atau purata 60% (bagi program profesional) dan ke atas bagi setiap semester pengajian.
COKMAR

REKABENTUK
Rekabentuk cokmar ini diilhamkan dari rekabentuk gasing yang merupakan salah satu permainan Melayu tradisional. Gasing memberi perlambangan kepada kestabilan yang terhasil dari ketepatan pembuatannya oleh tukang mahir, sepertimana juga KUPTM membina modal insan yang kukuh hasil dari ketinggian profesionalisma warga kerjanya.

TIGA RUAS
Tiga ruas pada batang cokmar melambangkan Berilmu, Berdisiplin dan Berintegriti.

LIMA BILAH KERIS
Lima bilah keris melambangkan Raja-raja Melayu dan menjunjung lima prinsip Rukun Negara.

PERMATA DELIMA
Delima melambangkan Kepimpinan, Semangat Perjuangan Tinggi dan Kestabilan

BUAH GELUGUR
Buah gelugor mempunyai 14 jalur yang ditempatkan di hujung Cokmar melambangkan negeri-negeri di Malaysia yang melahirkan modal insan berwawasan yang bakal meneruskan kejayaan negara.
WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR
Kemudahan Letak Kenderaan untuk Graduan, Ibu Bapa, dan Tetamu
- Ruang letak kenderaan untuk graduan, ibu bapa, dan tetamu di World Trade Centre (WTC) adalah TERHAD; oleh itu, anda digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke WTC, Kuala Lumpur.
- Ibu bapa dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ke WTC, seperti:
- LRT (Stesen PWTC)
- Keretapi Tanah Melayu (KTM) (Stesen Putra)
- Perkhidmatan E-Hailing (GRAB, inDriver, dan lain-lain)
