Majlis Konvokesyen UPTM ke-4
Majlis Konvokesyen UPTM ke-4
Agenda Konvokesyen

Skrol dan Transkrip
Semua graduan dikehendaki mengambil skrol dan transkrip masing-masing di Dewan Tun Razak 3 selepas sesi konvokesyen pada hari yang sama. Kaunter pengambilan skrol dan transkrip akan dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam sepanjang berlangsungnya majlis konvokesyen.
Yuran Konvokesyen
Bayaran sebanyak RM400.00 dikenakan untuk majlis konvokesyen dan perlu dijelaskan sebelum menghadiri majlis tersebut. Graduan hendaklah memastikan semua tunggakan yuran dan bayaran lain telah diselesaikan sebelum dibenarkan mengambil skrol dan transkrip.
Peringatan
Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI sebarang tunggakan hutang dengan universiti/kolej masing-masing (data hutang adalah berdasarkan tarikh semakan sebelum majlis berlangsung) serta telah melengkapkan tinjauan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).
