Panduan Ibu Bapa/Tetamu
Pas Masuk Ibu Bapa/ Tetamu Ke Majlis Konvokesyen
- Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah.
- Setiap graduan akan menerima satu pas masuk untuk dua (2) orang iaitu ibu bapa/ tetamu sahaja.
- Pas yang hilang tidak akan diganti.
- Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
Pakaian Ibu bapa/ Tetamu Graduan
- Pakaian Tetamu Lelaki
- Pakaian rasmi/ batik/ kebangsaan lengkap dan sopan ATAU Lounge Suit lengkap bertali leher.
- Seluar Jeans dan T-Shirt Tidak Dibenarkan
- Pakaian Tetamu Perempuan
- Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan.
Pakaian Gaun atau Skirt, Blouse Tanpa Lengan, T-Shirt dan Seluar Jeans Tidak Dibenarkan
Makanan/ Minuman Ibu bapa/ Tetamu Graduan
Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan makanan dan minuman untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu graduan. Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dewan konvokesyen
Tempat Letak Kenderaan Graduan, Ibu Bapa dan Tetamu
- Tempat letak kenderaan graduan, ibu bapa dan tetamu graduan di World Trade Centre (WTC) adalah TERHAD dan digalakkan menggunakan kenderaan awam ke WTC, Kuala Lumpur
- Ibu bapa disarankan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ke WTC seperti:
- LRT (Hentian PWTC Station)
- Keretapi Tanah Melayu (KTM) (Hentian Putra Station)
- E-hailing (GRAB, inDriver, etc.)
