Jubah Konvokesyen
Set Jubah
- Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:
- Jubah konvokesyen berwarna hitam
- Topi (mortar board/ beefeater)
- Hood (Warna mengikut fakulti)
- Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang sahaja)
- Sekiranya pemakaian set jubah konvokesyen tidak lengkap, graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan
- Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
- Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan diwajibkan membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.
- Graduan TIDAK DIBENARKAN memakai atau menambah sebarang aksesori perhiasan pada set jubah.
Lokasi Pengambilan dan Pemulangan Jubah Konvokesyen
Graduan perlu mengambil dan memulangkan jubah di Dewan Tun Razak 3, Aras 3 di World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTCKL)
| SIDANG | TARIKH SIDANG | TARIKH & MASA PENGAMBILAN JUBAH | TARIKH & MASA PEMULANGAN JUBAH |
|---|---|---|---|
| 1 - 3 | 17 & 18 Disember 2026 | 15 & 16 Disember 2026 (8.30 pagi – 4.30 petang) | 17 - 23 Disember 2026 (8.30 pagi – 6.30 petang) |
Pengambilan Jubah
- Graduan dikehendaki mengambil jubah konvokesyen di Kaunter Pengambilan Jubah yang bertempat di Dewan Tun Razak 3, Aras 3.
- Pengambilan jubah hendaklah dilakukan selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum sidang konvokesyen masing-masing. Pengambilan jubah pada hari sidang TIDAK AKAN DIBENARKAN.
- Kaunter pengambilan akan beroperasi setiap hari dari 15 hingga 22 Disember 2026, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
- Graduan dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain dengan KETETAPAN berikut:
- Hanya mewakili seorang graduan sahaja.
- Graduan daripada sidang yang sama.
- Semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.
- Graduan perlu mengemukakan Slip Pengesahan Kehadiran Konvokesyen (softcopy / hardcopy) bagi mendapatkan borang Senarai Semak Proses Pengambilan Jubah dan Kad RFID semasa hari pengambilan jubah.
Pemulangan Jubah
- Graduan wajib memulangkan jubah konvokesyen di Kaunter Pemulangan Jubah di Dewan Tun Razak 3, Aras 3.
- Kaunter pemulangan akan beroperasi setiap hari dari 17 hingga 23 Disember 2026, bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
- Graduan hendaklah memastikan jubah yang dipulangkan berada dalam keadaan baik, bersih dan lengkap.
Tip Pemakaian Jubah Konvo
Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut:
- Hood terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu
- Topi graduasi (Mortar board/ Beefeater) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kanan.
- Pemakaian umum adalah seperti berikut:
