Kod Pakaian Graduan
*Para graduan diminta mematuhi peraturan pakaian semasa menghadiri majlis konvokesyen.
Kod Pakaian Graduan Lelaki
- Baju Melayu berwarna Hitam lengkap bersamping tenun/ songket hitam ATAU Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Biru (UPTM) / Merah (KPTM)
- Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap.
- Rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.
Kod Pakaian Graduan Perempuan
- Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh dengan kain TANPA BELAH. WAJIB MEMAKAI TUDUNG POLOS (TIDAK BERCORAK ATAU BERBUNGA).
- Graduan bukan Muslim berbaju kemeja berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH atau long dress.
- Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki adalah tidak dibenarkan.
- Graduan hendaklah memakai warna tudung mengikut  ketetapan seperti berikut:
Nota Penting:
Peraturan berpakaian hendaklah dipatuhi sebagaimana yang telah ditetapkan. graduan yang tidak mematuhi kod pakaian ini adalah tidak dibenarkan untuk turut serta dalam majlis ini
