Panduan Graduan
PANDUAN PENGGUNAAN KAD RFID GRADUAN UPTM
RAPTAI
1. Upacara raptai akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 16 Disember 2026 (Rabu)
Tempat: Dewan Merdeka, World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTCKL)
Masa: 2:30 petang
2. Semua graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran boleh mengikuti raptai majlis konvokesyen di Facebook (FB) dan YouTube rasmi UPTM & KPTM bagi memahami perjalanan atur cara pada hari majlis rasmi. Graduan boleh menonton video yang dipaparkan.
3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.
MAJLIS KONVOKESYEN
| INSTITUSI | SIDANG | TARIKH | HARI | MASA |
|---|---|---|---|---|
| UPTM | Sidang 1 | 17-12-2026 | Khamis | 8.00 pagi |
| Sidang 2 | 2.00 petang | |||
| Sidang 3 | 18-12-2026 | Jumaat | 8.00 pagi |
PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN
Hanya graduan yang telah membuat bayaran penuh yuran dibenarkan untuk membuat pengesahan
Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran bermula  07 Oktober 2026 sehingga 30 November 2026 melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan secara atas talian dengan melayari laman web konvokesyen.
Graduan diingatkan supaya melengkapkan kajian di Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan mendapatkan Slip SKPG sebelum membuat pengesahan kehadiran. Rujuk muka surat 22.
Graduan perlu memuat naik gambar mengikut kriteria yang ditetapkan dan slip SKPG ke dalam Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan (https://graduan.kptm.edu.my/).
Graduan perlu membuat pembayaran Yuran Konvokesyen sebanyak RM400.00.
Kad RFID Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah di Kaunter Serahan Kad RFID Graduan. Graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen tanpa kad ini.
Kehilangan kad RFID akan dikenakan bayaran penggantian RM10.
SOALAN LAZIM KONVOKESYEN
Adakah UPTM/KPTM akan menghantar surat pemakluman kepada graduan berkenaan dengan majlis konvokesyen?
Tidak. Semua bakal graduan akan menerima pesanan ringkas (SMS blast) daripada pihak institusi sebagai pemakluman dan jemputan ke majlis konvokesyen
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat berkenaan majlis konvokesyen tahun 2026?
Maklumat terkini berkenaan Majlis Konvokesyen UPTM Kali Ke-4 dan Majlis Konvokesyen KPTM ke-42  dan  boleh didapati melalui laman sesawang rasmi majlis seperti berikut:
Bagaimana saya boleh membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen UPTM Kali Ke-4 dan Majlis Konvokesyen KPTM ke-42?
Graduan WAJIB membuat pengesahan kehadiran melalui Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan di (https://graduan.kptm.edu.my/)Â bermula 7 Oktober 2026
Adakah saya perlu membuat pengesahan kehadiran ke majlis konvokesyen walaupun saya tidak hadir konvo?
Tidak perlu membuat pengesahan kehadiran. Walaubagaimanapun, graduan perlu menjawab kajian SKPG melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan dengan melayari laman sesawang rasmi Portal GREaT KPT di http://great.mohe.gov.my
Berapakah jumlah bayaran konvokenyen dan bilakah tarikh akhir pembayaran?
Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen perlu membuat pembayaran sebanyak RM400.00 sahaja. Tarikh akhir pembayaran Yuran Majlis Konvokesyen adalah pada 30 November 2026.
Adakah saya perlu membayar yuran konvokesyen sekiranya saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut?
Tidak Perlu.
Saya ingin menjemput kedua ibubapa dan seorang lagi ahli keluarga untuk hadir ke dalam dewan semasa majlis konvokesyen. Adakah saya boleh memohon untuk mendapat tiga (3) keping Kad Jemputan?
Tidak. Jumlah tempat duduk di dalam dewan adalah terhad dan setiap graduan hanya dibekalkan sekeping kad untuk dua (2) orang tetamu sahaja. Walau bagaimanapun, tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan boleh menonton secara siaran langsung (live feed) skrin besar yang disediakan di Ruang Legar – Aras 2.
Apakah pakaian yang sesuai untuk konvo?
Etika pemakaian Ibu Bapa / Tetamu ke majlis konvokesyen boleh dirujuk di bahagian Panduan Ibu Bapa / Tetamu. Bagi etika pemakaian Graduan boleh dirujuk di bahagian Kod Pakaian Graduan.
Adakah graduan dibenarkan memakai niqab/purdah?
Pemakaian Niqab dibenarkan namun perlu dibuka semasa sesi pengambilan skrol di atas pentas.
Saya merupakan graduan OKU dan berhasrat untuk menyertai konvokesyen. Siapakah yang saya perlu hubungi bagi memaklumkan keperluan saya?
Bagi graduan yang memerlukan bantuan khas – berkerusi roda, cacat penglihatan, tercedera dan sebagainya, sila hubungi urus setia konvokesyen melalui emel:
UPTM : [email protected]
KPTM: [email protected]
Adakah saya boleh menghadiri Majlis Konvokesyen tanpa perlu menghadiri raptai?
Ya, boleh hadir. Semua graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran boleh mengikuti raptai Majlis Konvokesyen di Facebook dan YouTube rasmi UPTM & KPTM bagi memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi. Graduan boleh menonton video yang ditayangkan
Bagaimana dan bilakah saya boleh mengambil skrol dan transkrip sekiranya saya tidak hadir ke majlis konvokesyen?
Semua graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen juga boleh mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Kaunter Pengambilan Skrol Dan Transkrip Dewan Tun Razak di Aras 3. Kaunter dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 7.00 malam sepanjang majlis berlangsung.
Skrol dan Transkrip juga boleh dituntut di UPTM dalam tempoh tiga (03) bulan selepas majlis konvokesyen. Kegagalan graduan menuntut skrol dan transkrip dalam tempoh ditetapkan akan dikenakan kompaun sebanyak RM100.00.
Bagi graduan yang tidak dapat hadir menuntut skrol & transkrip tersebut, graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil skrol dan transkrip dengan cara mengemukakan dokumen berikut: –
- Surat wakil/kebenaran;
- Salinan MyKad graduan; dan
- Salinan MyKad wakil; dan
Skrol dan transkrip TIDAK DIPOSKAN kepada graduan.
 Nota Penting:
- Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/ kehilangan dan sebagainya ke atas skrol dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh tiga (03) bulan selepas majlis konvokesyen.
- Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan universiti serta telah menjawab menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.
