SIDANG MAJLIS KONVOKESYEN

UPTM KE-3

18 - 19 DISEMBER 2025 | WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR

TARIKH PENTING

Senarai tarikh-tarikh penting untuk perhatian graduan.

Image

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN - KPT

Kajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan setelah tamat pengajian.

Image

YURAN KONVOKESYEN

Bagi menjayakan majlis ini, pihak penganjur majlis konvokesyen telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM390.00 sebagai yuran yang perlu dijelaskan sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen.


Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya dibenarkan mengambil skrol dan transkrip. Graduan yang masih mempunyai tunggakan yuran dan lain-lain bayaran hendaklah menjelaskannya sebelum dibenarkan untuk mengambil skrol dan transkrip.

Image
Image

ATURCARA MAJLIS

Majlis Konvokesyen Kedua Universiti Poly-Tech Malaysia akan berlangsung di Dewan Merdeka World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember 2025 dengan 3 sidang iaitu pagi dan petang.

Image

SKROL DAN TRANSKRIP

Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Tun Razak 3. Kaunter pengambilan skrol dan transkrip dibuka jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang sepanjang majlis konvokesyen.

PERINGATAN:

Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan universiti/ kolej masing-masing (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).