PANDUAN
GRADUAN
PANDUAN
GRADUAN
PANDUAN PEMAKAIAN KAD RFID GRADUAN KPTM
FAQ MAJLIS KONVOKESYEN
Kajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan setelah tamat pengajian. MAKLUMAT LANJUT
Bagi menjayakan majlis ini, pihak penganjur majlis konvokesyen telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM350.00 sebagai yuran yang perlu dijelaskan sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen.
Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya dibenarkan mengambil skrol dan transkrip. Graduan yang masih mempunyai tunggakan yuran dan lain-lain bayaran hendaklah menjelaskannya sebelum dibenarkan untuk mengambil skrol dan transkrip.
MAKLUMAT LANJUT
1. Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran bermula 07 Oktober 2024 sehingga 10 Disember 2024 melalui sistem pengesahan kehadiran secara online.
2. Pengesahan yang dibuat selepas 10 Disember 2024 TIDAK AKAN DITERIMA.
3. Graduan diminta untuk memuatnaik gambar ke dalam laman web konvokesyen dengan merujuk kepada lampiran yang disertakan sekiranya belum berbuat demikian.
4. Kad RFID Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah dan hari raptai konvokesyen di Kaunter Serahan Kad RFID Graduan. Graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen tanpa kad ini.
MAKLUMAT LANJUT
1. Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:
-
Jubah konvokesyen berwarna hitam
-
Topi (mortar board/ beefeater)
-
Hood (Warna mengikut fakulti)
-
Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang sahaja)
2. Ketiadaan salah satu daripada set jubah konvokesyen seperti di perkara (1) bermakna pakaian konvokesyen adalah tidak lengkap dan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.
3. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
4. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan diwajibkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.
Lokasi pengambilan dan pemulangan jubah konvokesyen UPTM & KPTM
Graduan perlu mengambil dan memulangkan jubah di Dewan Tun Razak 3, Aras 3 di World Trade Centre (WTC).
Pengambilan jubah
1. Graduan perlu megambil jubah selewat-lewatnya sehari sebelum sidang konvokesyen masing-masing. Pengambilan jubah pada hari sidang adalah TIDAK DIBENARKAN.
2. Graduan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen dan menyerahkan slip pengesahan kehadiran kepada petugas untuk pengesahan.
3. Graduan dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain dengan KETETAPAN berikut:
3.1 Hanya mewakili seorang graduan sahaja.
3.2 Graduan daripada sidang yang sama.
3.3 Semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.
4. Graduan perlu mengemukakan Slip Pengesahan Kehadiran (softcopy / hardcopy) bagi mendapatkan borang Senarai Semak Proses Pengambilan Jubah dan Kad RFID semasa hari pengambilan jubah.
Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk. Untuk pas masuk graduan dibenarkan membawa dua (2) orang ibu bapa/ tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti.
Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa/ tetamu graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan ibu bapa/ tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung.
1. Upacara Raptai untuk majlis ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 16 Disember 2024 (Isnin)
Tempat : Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Masa : 2.30 petang
2. Semua graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran boleh mengikuti raptai Majlis Konvokesyen di Facebook (FB) dan Youtube rasmi KPTM bagi memahami perjalanan atur cara pada hari majlis rasmi. Graduan boleh menonton video yang dipaparkan.
3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.
Majlis Konvokesyen Pertama UPTM
Majlis akan berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada 17 & 18 Disember 2024 (Selasa & Rabu).
17 DISEMBER 2024 (SELASA)
Sidang 1 : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Sidang 2 : 2.00 petang – 5.30 petang
18 DISEMBER 2024 (RABU)
Sidang 3 : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Graduan akan diiringi oleh pepandu ke tempat duduk masing-masing di dalam dewan semasa perarakan masuk. Oleh itu para graduan diminta duduk di tempat masing- masing dengan tertib dan jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang majlis. Graduan juga tidak dibenarkan keluar dari dewan semasa majlis berlangsung.
Pas Masuk Ibu Bapa/ Tetamu Ke Majlis Konvokesyen
1. Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah.
a. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk untuk dua (2) orang iaitu ibu bapa/ tetamu sahaja.
b. Pas yang hilang tidak akan diganti.
c. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
d. Graduan dan ibu bapa/ tetamu dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung.
Tempat Letak Kenderaan Graduan, Ibu Bapa dan Tetamu Graduan
1. Tempat letak kenderaan graduan, ibu bapa dan tetamu graduan di World Trade Centre (WTC) adalah TERHAD dan digalakkan menggunakan kenderaan awam ke WTC, Kuala Lumpur.
2. Ibu bapa disarankan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ke WTC seperti:
a. LRT (Hentian PWTC Station)
b. Keretapi Tanah Melayu (KTM) (Hentian Putra Station)
c. Menggunakan perkhidmatan e-hailing (GRAB, inDriver dan lain-lain)
Pakaian Ibu bapa/ Tetamu Graduan
1. Pakaian Tetamu Lelaki
Pakaian rasmi/ batik/ kebangsaan, lengkap dan sopan.
ATAU
Lounge Suit lengkap bertali leher.
SELUAR JEANS DAN T-SHIRT TIDAK DIBENARKAN
2. Pakaian Tetamu Perempuan
Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan.
PAKAIAN GAUN ATAU SKIRT, BLOUSE TANPA LENGAN, T-SHIRT DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN
NOTA PENTING:
IBU BAPA/ TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN
Makanan/ Minuman Ibu bapa/ Tetamu Graduan
Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/ minum untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu graduan. Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dewan konvokesyen
Para graduan diminta mematuhi peraturan pakaian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.
Pakaian Graduan Lelaki
1. Baju Melayu berwarna Hitam lengkap bersamping tenun/ songket hitam
ATAU
Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah.
2. Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.
Pakaian Graduan Perempuan
1. Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh dengan kain TANPA BELAH. WAJIB MEMAKAI TUDUNG POLOS (TIDAK BERCORAK ATAU BERBUNGA).
2. Graduan bukan Muslim berbaju kemeja (blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH.
3. Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki adalah tidak dibenarkan.
4. Graduan hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan seperti di Jadual 1 (Graduan UPTM) dan Jadual 2 (Graduan KPTM).
PENTING
PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI
FAKULTI PERNIAGAAN & PERAKAUNAN
AA102 - Diploma in Accounting and Finance
AA103 - Diploma of Accountancy
AA201 - Bachelor of Accountancy (Honours)
AB201 - Bachelor of Business Administration (Honours) Human Resource Management
AB202 - Bachelor of Business Administration (Honours)
AC201 - Bachelor of Corporate Administration (Honours)
FAKULTI PENDIDIKAN, SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
BE101 - Diploma in Teaching English as a Second Language (TESL)
BK101 - Diploma in Corporate Communication
BE201 - Bachelor of Arts (Honours) in Applied English Language Studies
BE202 - Bachelor of Early Childhood Education (Honours)
BE203 - Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Language
BK201 - Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication
BE301 - Postgraduate Diploma in Education
FAKULTI PENGKOMPUTERAN & MULTIMEDIA
CC101 - Diploma in Computer Science
CM201 - Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours)
CT203 - Bachelor of Information Technology (Honours) in Business Computing
CT204 - Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development
CT206 - Bachelor of Information Technology (Honours) in Cyber Security
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH
AA301 - Master of Accountancy
AB301 - Master of Business Administration
AB302 - Master of Business Administration (Corporate Administration and Governance)
CT301 - Master of Science in Information System
AB401 - Doctor of Philosophy (Business Administration)
INSTITUT PENGAJIAN PROFESIONAL
AA111 - Certified Accounting Technician
AA211 - Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
Tip Pemakaian Jubah Konvo
Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut:
● Hood terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu
● Topi (mortar board/ beefeater) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kiri.
● Pemakaian Umum adalah seperti berikut:
● Pemakaian selempang adalah seperti berikut:
Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing SELEPAS sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Tun Razak 3, WTC KL. Kaunter pengambilan skrol dan transkrip dibuka sehingga jam 6.00 petang.
PERINGATAN:
Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan pihak universiti (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
1. Jubah hendaklah dikembalikan di Kaunter Jubah di Dewan Kelantan WTC KL sebaik sahaja graduan selesai upacara konvokesyen.
2. Kaunter ini akan dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga jam 4.00 petang.
3. Semasa mengembalikan jubah tersebut para graduan adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan borang/ resit penyewaan jubah kepada petugas di kaunter.
Para graduan tidak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis konvokesyen berlangsung di dalam dewan. Semua pengambilan gambar semasa majlis konvokesyen akan diuruskan oleh jurugambar rasmi yang dilantik oleh pihak UPTM.
Jawatankuasa Jubah Konvokesyen akan menyediakan khidmat jurugambar profesional di pentas untuk mengambil gambar para graduan sepanjang upacara.
Jurugambar peribadi tidak dibenarkan sama sekali.
Semua gambar konvokesyen akan dihantar melalui pos ke alamat rumah masing-masing.